
|
Sayangi binatang :')
Sunday, 19 February 2012 @ 03:52 | 0 Comment [s]
Well hello gaaaiiizzzz , k tadi aku baca ada one story ni en en en, Cikgu azrina share, baca boleh nangis. Eceh, k dia punya story kayak gini .........Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut mukaku. Aku berhenti di hadapan sebuah kedai makan yang penuh dengan makhluk yang bernama manusia. Aroma wangi menusuk ke hidung. Perut aku pula semakin berbunyi kuat. Kepala aku menoleh kiri dan kanan. Baru sahaja aku mahu maju ke hadapan, aku tertolak ke belakang. Aduh, sakit sungguh badan aku. “Hoi, menyemaklah kau kat sini! Berambus!” Lelaki separuh abad itu mengherdik kasar kepada aku. Aku bangun lagi. Perut aku mesti diisi. Tubuh kecil ini semakin lemah. Aku cuba berjalan masuk ke dalam kedai makan itu sekali lagi. Untung-untung ada yang sudi memberi aku sedikit makanan. Kali ini aku berhati-hati agar lelaki itu tidak menyedari kehadiran aku. Aku merayu memohon sedikit belas ihsan daripada mereka yang sedang enak menyuap makanan ke dalam mulut mereka. Semua enggan memperdulikan rayuanku. Bahkan mereka menolak aku dengan kaki mereka. Hina sungguhkah diri aku ini? Hah. Aku mengeluh. Nampaknya tiada sesiapa yang sudi membantu aku kali ini. Dengan perasaan hampa dan kelaparan, aku bercadang untuk berlalu pergi. Alhamdulillah! Masih ada insan yang berhati mulia. Ada seorang wanita muda berbaju kurung merah memanggil aku datang ke arahnya sambil menunjukkan makanan. Aku berlari pergi ke wanita itu. Dia memegang lembut kepala kecilku dan seekor ikan kembung goreng disua ke muka. Oh, sedapnya! Hatiku tidak semena-mena menjadi teruja. Tanpa membuang masa, ikan goreng itu aku makan dengan lahap. Sudah satu hari aku tidak menjamah apa-apa. Aku mendongakkan kepalaku untuk melihat wanita itu. Dia tersenyum manis. Cantiknya dia. Aku bergerak ke arah wanita berkaca mata itu dan menyentuh kakinya. Kepalaku tunduk dan mencium-cium kakinya itu. Itu tanda aku berterima kasih di atas kebaikannya kepada aku yang bertubuh kecil ini. Dia menghulurkan tangan kanannya dan terus mengusap lembut kepala dan badanku. Mataku tertumpu semula ke arah ikan goreng yang lazat itu. Aku menyambung makan kembali dan meratah licin rezeki yang berada di hadapanku. Lega. Perutku yang tadinya lapar menjadi kenyang. Aku lihat wanita itu berlalu pergi. Aku tertanya-tanya; masih ada lagikah insan sebaik itu yang tidak akan menyakiti diri aku dan sahabat-sahabatku? Entahlah. Kalau ada pun pasti tidak ramai. Baru sahaja aku hendak melangkah keluar daripada kedai makan itu, tiba-tiba badanku melayang ke udara. Sedar-sedar sahaja aku sudah terhempas di atas jalan yang bertar hitam itu. Ya Allah, sakitnya badan aku! Hampir sahaja aku tidak mampu untuk bangun. Badanku lemah. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan sekarang. Sayup-sayup telingaku mendengar suara tuan kedai makan itu menjerit dan memaki aku. “Kucing tak sedar diri! Aku dah kata berambus, berambuslah. Habis pelanggan aku lari kerana kau! Jijik aku lihat badan kau yang penuh kurap tu! Lagi sekali aku nampak kau, aku bunuh kau!” Kali ini badanku ditendang. Tidak cukupkah aku dibaling sebentar tadi? Mataku bergenang dengan airmata menahan kesakitan. Aku cuba bangun. Aku menjilat-jilat badanku yang sakit ini. Darah mengalir keluar daripada mulutku. Ah, ada darah pula di kaki kanan. Mungkin terseret semasa ditendang tadi. Apa dosa aku sehingga mereka sanggup buat begini? Apakah aku bukan makhluk Allah? Manusia sering mendakwa yang mereka itu berakal dan aku dan yang lain-lain semuanya bodoh. Aku yang bodoh atau mereka yang bodoh? Kesedihan menjalar di dalam diri. Aku berlalu pergi daripada kedai itu dengan perasaan yang sebal. Terencut-ecut aku berjalan sambil menahan perit kesakitan. Apa yang aku boleh lakukan? Aku hanya kucing jalanan. Hodoh dan busuk yang terpaksa mengemis demi sesuap nasi. Tidak seperti kucing-kucing mahal milik mereka. Cantik dan gebu. Aku menuju ke lorong belakang dan kakiku berhenti di suatu tempat tersorok dengan harapan tiada lagi manusia kejam akan menganggu aku. Tubuhku yang berbulu coklat keorenan dilabuhkan di atas sekeping kotak. Mataku dipejam rapat. Aku mula hanyut dalam lautan memori duka. |
![]() ![]() |